~Kami~

~Kami~

Monday 11 July 2011

Adidas Jabulani

Adidas Jabulani bola bagi Piala Dunia FIFA 2010. Bola tersebut, dici[ta oleh pengeluar barangan sukan Adidas, telah dibangunkan di Loughborough University, United Kingdom, dan telah dipamerkan di Cape Town, Afrika Selatan pada Disember 4, 2009. Jabulani bermakna "ceria" atau "membawa kegirangan dan kegembiraan" di dalam bahasa Zulu. Versi bola berwarna emas, Jo'Bulani, digunakan untuk perlawanan akhir Piala Dunia.

Jabulani

Bola berkenaan juga telah digunakan sebagai bola perlawanan bagi Piala Dunia Kelab FIFA 2009 di Emiriah Arab Bersatu, dan sebagai satu versi khas bola berkenaan, Jabulani Angola, merupakan bola perlawanan Piala Negara-Negara Afrika 2010. Bola ini juga telah digunakan di dalam Pertandingan Clausura 2010 Argentina malahan juga di dalam musim MLS 2010 di AS dan Canada di dalam warna-warna biru dan hijau liga.


Tapi ade segelintir pemain bola sepak mempertikaikan kesesuaian atau keselasaan ketika bermain dengan Jabulani ini. Beberapa org saintis dan pakar telah membuat kajian terhadap Jabulani. Ciptaan Jabulani ini telah direka khas dan sempurna untuk kesesuain pemain.




Antara ciri - ciri teknikal Jabulani:


Piawai Bola FIFA
Pengukuran Jabulani
Ukurlilit
68.5 – 69.5 cm
69.0 ± 0.2cm
Diameter
≤ 1.5 % perbezaan
≤ 1.0% perbezaan
Penyerapan air
≤ 10% berat bertambah
~0% berat bertambah
Berat
420 – 445 g
440 ± 0.2 g
Ujian Rebound
≤ 10 cm
≤ 6 cm
Kehilangan tekanan
≤ 20%
≤ 10%



Kajian yg dijalankan oleh ahli Fizik dan ahli Astronomi pada Jabulani.

Berdasarkan video di bawah, ada 2 aliran(flow) yg berlaku pada Jabulani apabila ditendang. 
- Laminar Flow
- Turbulent Flow
Laminar Flow ialah aliran udara yg normal yg melalui permukaan bola. Turbulent Flow pulak, aliran udara yg tak sekata pada bahagian belakang bola.
(Lihat penerangan pada minit 01:00.)
Bernouli's Law juga ada digunakan. Pressure yg dihasilkan pada skeliling bola bergantung pada speed yg digunakan. "The Higher the speed the lower the pressure.." Pressure sekeliling bola akan berubah bile velocity bola diubah. (penerangan di minit 04:20) 


Kesimpulannya, majoriti takkan faham pengguna fizik dalam permainan ni tetapi jika dilihat dgn teliti ianya amat berguna bagi setiap pemain utk cara mengawal dan melakukan tendangan bola dgn baik. Selain air resistance, pressure, speed dan velocity, ciri - ciri teknikal sesuatu bola itu boleh mempengaruhi pergerakan bola itu juga.

Sekian, terima kasih.



ditulis oleh : 'Affif Ammar


No comments:

Post a Comment